Saturday, May 14, 2011

malaysia negara sukan

semalam dalam kantuk mata yang menggila,aku gagahkan juga tangan memegang stereng,kaki menekan pedal minyak.harap sangat dengan sekali tekan terus sampai depan pagar rumah.malam di lebuhraya PD memang pekat gelapnye,pekat terlalu sampai aku bermain dengan beam sepanjang jalan.pernah terlintas idea gila,aku padamkan lampu,dan seluruh visi mata terpejam walau kelopak aku masih celik.takut terlanggar lembu atau anak hantu,sepantas kilat aku bermain beam semula.

perjalanan aku teruskan.radio dah penat memutarkan lagu wings.
ni la wings-sekadar gambar rujukan

berulang kali mimpi syakila menerjah gegendang comel telingaku.kalo radio itu bermulut,sudah tentu becak sisi mulutnya dengan lendiran saliva pekat,tanda dia penat.tapi khidmatnya masih aku butuhkan(*sila guna penterjemahan indonesia bagi perkataan yang ditebalkan agar maksudnya tidak tersimpang) kalo radio senyap,aku dah tentu senyap same dan pasti mate ikut senyap,lelap.

berbekalkan baki smart tag yang dalam 2.00 lebih,aku melungsur laju dengan etika,takut kalo gate podok tol tak bukak,dapat dua,pertama;malu, kedua;penampar dari bapak.dan selesai urusan singkat dengan mesin smart tag,aku melungsur lagi menuju ke bumi ampangan.dalam sepanjang perjalanan itu aku diserikan dengan pemandangan yang buat aku sedih,geram,meluat,rase nak sepak.pemandangan-pemandangan itu adalah-

bersepahnye mat2 rempit berbilang bangsa yang gilakan sukan permotoran negara.

aku jadi sedih bukan sebab aku sentimental dengan nasib dorang,x.aku sedih sebab aku tak mampu nak sewa lesen senjata api.kalo aku mampu,memang aku dah tembak je mamat yang block jalan aku malam tadi.
 nak tembak gune nih!-sekadar gambar hiasan(Tapi memang ni la aku nak)

geram aku sebab aku tak mampu nak tempik pasal dorang ramai dan aku yakin,kalo aku bagi salam nak tanye mane jalan nak pegi umah kenduri kawen pun dorang akan sepuk aku ramai2 gune helmet. atau mereka akan sekreatif mungkin akan mencari jalan memprovok aku agar aku bertindak liar.

meluat bila nampak motor dorang,mane dorang dapat duit beli RxZ yamaha tu yer?kaya dorang neh.

ni la motor dorang gune-sekadar gambar hiasan

rase nak sepak bile aku lalu sume pandang2.macam tak penah tengok orang.ramai-ramai mungkin ko berani angkat muke tayang dada,setakat bohsia keliling kaki aku tak amek perhatian,tapi cube ko sorang-sorang,jalan tunduk bumi,kalo lalu depan kite siap cakap tumpang lalu bang.

dan aku selebihnye diam.kereta buruk aku melalui lebuh ampangan dengan sedikit sopan sebab aku lebih menggunakan otak dari kaki lepas tengok fenomena tu.dalam otak aku berfikir sakan.kalo semua anak bangsa melayu india cina berhempas pulas menuju puncak sukan permotoran haram ni,bangsa apa pula yang mengerjakan ekonomi malaysia?sampai bila nak harapkan ehsan pelaburan luar andai kita sendiri kurang daya melawan dan menawan ekonomi,kalo di hujung mata hanya garis litar.

dan aku ikut menyanyi lagu lena diulit intan lepas sedar,aku dulu pun main breakdance kat giant senawang,membuat onar,membuat racau.jadi,ini mase mereka buat kacau.untuk peniaga ikan macam aku,lebih baik pikir camana nak tambah balance smart tag ni.

No comments: