Tuesday, November 29, 2011

kasut


tapak tebal mengukur garisan semenanjung Malaysia.
dari bumi Senawang terjah ke kawasan Klang.
dari naungan langit kemboja Ampangan ke naungan Puncak Alam.

selirat rantai tali kasut mencerminkan jati diri,
kilat hujung but melambangkan lelaki selekeh punya identiti,
kasut converse pengganas hijau askar,
menjadi satu kerinduan yang dilakar,
di sebalik pertemuan yang kelakar.

dua pasang kasut berlainan jenis,berjuta cerita,berkongsi rasa.


Thursday, May 26, 2011

eh,salah.saye bukan dia!

aku orang biasa.namun semua cepat salah sangka.kadang kejadian ini memalukan,kadang memberi aku naik melonjak ke tahap perasan.mebuat aku menarik nafas,menampankan dada.biar nampak tampan,nampak bergaya.nampak macam DIA.

kadang malu menjengah jugak.bila sedang seronok membeli jagung kukus di pasar malam,mereka ramai menyapa,

"EH,TAKKAN SAM MAKAN JAGUNG KUKUS JE?"

dan nyata,saye bukan shaeizy sam walaupun ade iras kembar siam miang antara kami.
saye bukan die-ini gambar memang dikuasai rase bongkak-87%,rase macam bagus adalah selebihnye.



dan aku terdiam tadi bila ade pelanggan cakap muke aku macam ANUAR ZAIN.

(dalam hati terus nyanyi lagu sedetik lebih-anuar zain.ajaib,aku hafal!)

kalo aku bergaya macam ni,dan mak aku nampak aku buat macam ni,aku malu.aku mesti terus berhijrah esok paginye.

Tuesday, May 17, 2011

pemotong petai

koyak kelopak mata aku membawak kereta tadi.letih,pedih hati,menyirap darah tengok betapa sentimentalnya pemandu di hadapan aku sehingga memaksa aku turut same beratur berderet belekang lori tanah.aku ni dah la sangat alergik dengan penghawa dingin dan pemanduan perlahan.sume tu betul2 menjana penyakit tidor sambil memandu aku.kalo aku bukak tingkap lagi la,terus pengsan aku.angin-angin tu sume buat mate aku pedih.perjalanan dari melaka ke seremban ikut jalan pedas rembau memang betol buat aku nyesal.baik ikot highway.setakat rugi RM 5.60 je daripada aku rugi masa macam ni.sesilap aku rugi nyawa aku.

ada dua road block jpj sepanjang perjalanan tadi.aku tangkap rilek aje,walhal dalam kereta bersepah senjata berpotensi untuk buat pukul manusia jahat.bukan aku samseng,x.tapi aku x sengaja bawak barang2 tu.ye la,ade pisau potong petai,ade besi tajam yang bocorkan tayar aku dulu,ade tukul,ade kukur kelapa.entah kenapa aku simpan pon aku x pasti.agaknya tu satu lagi penyakit aku,suke menyimpan barang2 buruk.semua abang jpj tu aku lepas dengan senyum kapur.dan muke mereka macam ayam berak kapur.panas kot.
ROADBLOCK MACAM NI?hahahhaa


kalo aku ni anak raja agaknye,mesti dorang sambut dengan girang,siap offer kopi o panas cicah biskut petak,mesti ade kipas panasonic yang disambung kat bateri kereta dorang.ape la aku melalut ni,tapi tu la kan,bende tu sume nak buat bunuh mase aku yang terpaksa bawak kereta perlahan.

kesedapan yang terzahir

salam.
iqra'.



merupakan ayat sulung yang Allah Rabbul Izzati turunkan kepada junjungan kasih Muhammad SAW. ayat pertama yang menyuruh umatnya membaca.dengan membaca bukan sekadar satu jambatan,malahan berjuta jambatan ilmu dapat dihubungkan dari ilmu ke minda insan.

aku percaya yang setiap ilmu atau kecerdikan lahir dari Allah the almighty. tak kirelah ilmu tu ilmu ape,ilmu mengira ke,ilmu potong ayam ke,ilmu timbang bola ke.sume datang dari punce yang same.cara nak gunekan tu aje pulang pangkal pade manusiawi sendiri.janganlah bile ilmu pandai bukak kunci disalah gunakan bukak kunci peti besi bank.pandai ilmu berniaga disalahgune berniaga anak orang.tapi tu hak memasing la kan,bahagian korang.

aku seronok berblog,aku nampak ianya tetap menjadi sebagai TERAPI BUAT AKU TIAP KALI TERTEKAN,AKU LANGSAIKAN SEGALA TEKANAN DENGAN MENAIP SYOK SENDIRI.ianya berkesan!terima kaseh.

dunia sebelah sana

berbulan aku rase kehidupan baru.aku cukup seronok duduk depan kuali,sambil tangan menghayun senang senduk periuk belanga.aku seronok bila bahang api dapur membakar halus bulu lenganku,aku puas senyum seorang bila apa yang aku canaikan itu menjadi.kalo tak jadi pon aku senyum senang jugak,sebagai tanda itu antara tapak tangga yang aku harus lalui untuk menjadi tukang masak super.

aku nyata lebih ganas dari paparan murahan ini.ini sekadar rujukan.


sebelum ini aku sendatkan dengan kehidupan tanpa makna,kali ini aku rase setiap langkah dan nafas itu terlalu berharga.aku dahagakan ilmu yang tercantum hasil dari koloborasi minyak panas dan besi kuali,aku teruja.terlalu seronok bile masak orang makan,orang suke.aku redha bile masak,orang makan,orang bagi semula.

jike selama ni aku hanye duduk melepek atas kerusi jati,tengok tivi,tengok gusti,sekarang aku bangga bile keringat di dahi mule membenih,mule merecik,mule jadikan aku rase sangat jantan walaupun sekadar duduk goreng bawang.aku sukekan kerje aku kali ini.alhamdulillah.

Saturday, May 14, 2011

malaysia negara sukan

semalam dalam kantuk mata yang menggila,aku gagahkan juga tangan memegang stereng,kaki menekan pedal minyak.harap sangat dengan sekali tekan terus sampai depan pagar rumah.malam di lebuhraya PD memang pekat gelapnye,pekat terlalu sampai aku bermain dengan beam sepanjang jalan.pernah terlintas idea gila,aku padamkan lampu,dan seluruh visi mata terpejam walau kelopak aku masih celik.takut terlanggar lembu atau anak hantu,sepantas kilat aku bermain beam semula.

perjalanan aku teruskan.radio dah penat memutarkan lagu wings.
ni la wings-sekadar gambar rujukan

berulang kali mimpi syakila menerjah gegendang comel telingaku.kalo radio itu bermulut,sudah tentu becak sisi mulutnya dengan lendiran saliva pekat,tanda dia penat.tapi khidmatnya masih aku butuhkan(*sila guna penterjemahan indonesia bagi perkataan yang ditebalkan agar maksudnya tidak tersimpang) kalo radio senyap,aku dah tentu senyap same dan pasti mate ikut senyap,lelap.

berbekalkan baki smart tag yang dalam 2.00 lebih,aku melungsur laju dengan etika,takut kalo gate podok tol tak bukak,dapat dua,pertama;malu, kedua;penampar dari bapak.dan selesai urusan singkat dengan mesin smart tag,aku melungsur lagi menuju ke bumi ampangan.dalam sepanjang perjalanan itu aku diserikan dengan pemandangan yang buat aku sedih,geram,meluat,rase nak sepak.pemandangan-pemandangan itu adalah-

bersepahnye mat2 rempit berbilang bangsa yang gilakan sukan permotoran negara.

aku jadi sedih bukan sebab aku sentimental dengan nasib dorang,x.aku sedih sebab aku tak mampu nak sewa lesen senjata api.kalo aku mampu,memang aku dah tembak je mamat yang block jalan aku malam tadi.
 nak tembak gune nih!-sekadar gambar hiasan(Tapi memang ni la aku nak)

geram aku sebab aku tak mampu nak tempik pasal dorang ramai dan aku yakin,kalo aku bagi salam nak tanye mane jalan nak pegi umah kenduri kawen pun dorang akan sepuk aku ramai2 gune helmet. atau mereka akan sekreatif mungkin akan mencari jalan memprovok aku agar aku bertindak liar.

meluat bila nampak motor dorang,mane dorang dapat duit beli RxZ yamaha tu yer?kaya dorang neh.

ni la motor dorang gune-sekadar gambar hiasan

rase nak sepak bile aku lalu sume pandang2.macam tak penah tengok orang.ramai-ramai mungkin ko berani angkat muke tayang dada,setakat bohsia keliling kaki aku tak amek perhatian,tapi cube ko sorang-sorang,jalan tunduk bumi,kalo lalu depan kite siap cakap tumpang lalu bang.

dan aku selebihnye diam.kereta buruk aku melalui lebuh ampangan dengan sedikit sopan sebab aku lebih menggunakan otak dari kaki lepas tengok fenomena tu.dalam otak aku berfikir sakan.kalo semua anak bangsa melayu india cina berhempas pulas menuju puncak sukan permotoran haram ni,bangsa apa pula yang mengerjakan ekonomi malaysia?sampai bila nak harapkan ehsan pelaburan luar andai kita sendiri kurang daya melawan dan menawan ekonomi,kalo di hujung mata hanya garis litar.

dan aku ikut menyanyi lagu lena diulit intan lepas sedar,aku dulu pun main breakdance kat giant senawang,membuat onar,membuat racau.jadi,ini mase mereka buat kacau.untuk peniaga ikan macam aku,lebih baik pikir camana nak tambah balance smart tag ni.